03. Siri Bernafas Dalam Lumpur
SAMAD : KINI AKU MENGERTI Aku benar-benar tidak menyangka akan terjadi perhu-bungan yang terlarang ini. Kereta aku pandu laju menuju ke rumah. Kak Mona hanya mendiamkan diri menyandar di tempat duduk belakang. Aku pula masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Bulan depan aku akan ke seberang laut. Melanjutkan pelajaranku kerana keputusan A Level ku cukup baik bagi membolehkan aku berbuat demikian. Rasa sayang hendak meninggalkan tanahair buat beberapa tahun tentunya. Tetapi demi tekad yang aku pupuk sejak di bangku seko-lah rendah lagi, aku akan teruskan juga hasrat mahu ke menara gading. Rasa bengang oleh minuman yang ku minum tadi beransur hilang tatkala kereta yang kupandu membelok memasuki perkarangan rumah. Kak Mona mendahuluiku membuka pintu. " Kak Limah tak tidur di sini malam ni Mad," aku dengar Kak Mona berkata sambil memegang sekeping nota yang tadi diambil dari atas meja. Aku hanya mendiamkan diri. Rasa bersalah kini mula ...